Isu-isu Kontroversi Seputar Pemerintahan Khulafaur Rasyidin
Written by admin on September 12th, 2007Suasana penulisan sejarah Islam sebagai salah satu ruang penelitian, terserak pada semua elemen, baik itu positif ataupun negatif yang mudah untuk tercemari oleh berbagai pihak yang ingin mengotori sejarah Islam itu sendiri. Bahakan pihak-pihak yang menyebut dirinya sebagai Da’i dan pejuang dakwah, terkadang ikut pula mengambil sejarah yang telah tercemari ini dan kemudian secara tidak sadar menjadi alat bagi musuh-musuh Islam. Dan menceritakan seuatu kedustaaan yang seakan akan itu memang sejarah yang benar.
Menyadari keadaan ini buku “Isu-isu Kontroversi dalam Sejarah Islam pada masa Pemerintahan Khulafaur Rasyidin ini coba menampilkan beberapa contoh peristiwa dan isu yang melibatkan generasi sahabat yang merupakan generasi unggulan umat ini. Generasi yang menjadi sasaran musuh, agar para muslimin kebelakangan mudah memandang salah dan mencemooh mereka.
Padahal mereka merupakan pewaris Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha meneruskan risalah Islam yang suci. Penyelesaian terhadap isu-isu kontroversi tersebut dikemukakan dengan hujah-hujah dari sumber yang shahih. Bagian pertama buku ini membicarakan latar belakang dan konsep Khilafah Islamiyah menurut mazhab - mazhab dalam Islam, termasuk juga bidang kekuasaan para khalifah.
Bahagian kedua menguraikan isu perlantikan Abu Bakar al-Siddiq r.a. menjadi khalifah yang pertama. Ini berdasarkan pandangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama’ah dan Syi’ah yang disusuli dengan penilaian dan analisis. Manakalah bahagian ketiga pula berkisar di sekitar isu-isu yang ditimbulkan pada zaman Khalifah Utsman bin ‘Affan r.a. dan disertai dengan penjelasan sebenar kedudukan fakta yang berkaitan. Sementara pada bagian keempat pula, perbincangan bertumpu kepada situasi dalam pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib, khususnya kontroversi Perang Jamal, Perang Siffin dan peranan golongan Saba’iyah sebagai unsur perusak, serta penilaian terhadap tokoh-tokoh yang terlibat sebagai jalan melihat kebenaran siapakah sebenarnya mereka. Akhir sekali, dalam kesimpulan, beberapa rumusan dan saran dibuat secara ilmiah yang dikira wajar untuk mengatasi kekaburan isu-isu keliru dan kontroversi dalam fakta penulisan sejarah Islam yang berlarutan hingga hari ini.
Profesor Madya Dr. Marzuki Haji Mahmood ialah pensyarah di jurusan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakultas Pengkajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah lulusan Ph. D. dari Universiti al-Azhar, Mesir, merupakan salah seorang pakar Sejarah Islam, di Malaysia. Download Buku Islam ini keseluruhan pada link dibawah




October 5th, 2007 at 12:57 pm
sangat membantu saya untuk lebih memahami tentang sejarah islam dari masa keemasan sampai sekarang. disamping untuk lebih mempermudah dan lebih cepat untuk mencari buku sebagai sumber yang akan saya buat sebgai makalah dan lain-lain. semoga dapat bermanfaat bagi antum semua.
Admin:
Amin